KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini, diasak aktiviti pengambilan untung dalam beberapa saham mewah, kata penganalisis.
Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut kepada 1,609.03 daripada paras penutup 1,609.05 pada Jumaat lepas.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.70 mata kepada 1,609.75 dan bergerak dalam julat 1,606.76 hingga 1,613.53 sepanjang sesi dagangan pagi ini.
Sentimen pasaran kurang memberangsangkan yang menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 591 berbanding 398 manakala 434 kaunter lain tidak berubah, 1,225 tidak diniagakan dan 124 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 2.54 bilion unit bernilai RM1.23 bilion.
Dalam pada itu, Hong Leong Investment Bank Bhd mengekalkan pandangan konstruktifnya terhadap FBM KLCI susulan data Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi teras Amerika Syarikat (AS) selain laporan mengenai tindakan Washington sedang mempertimbang tarif berkadar sifar peratus ke atas eksport terpilih dari Malaysia (komponen alat ganti kereta, aeroangkasa, perabot, koko serta minyak sawit).
“Kami menjangkakan kemungkinan paras rintangan diuji pada 1,612, 1,625 hingga 1,640 menjelang Belanjawan 2026 mesra rakyat dan berhemah dari segi fiskal yang bakal dibentangkan pada 10 Oktober ini,” katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan CIMB dan MRDIY naik 6.0 sen masing-masing pada RM7.31 dan RM1.68, CelcomDigi menambah 5.0 sen kepada RM3.71, Petronas Dagangan naik 34 sen kepada RM22.76 manakala Axiata menokok 3.0 sen kepada RM2.63.
Bagi dagangan aktif, saham-saham EA Holdings, MTouche dan NexG kekal pada harga setengah sen, 6.5 sen dan 9.5 sen namun Tanco turun 1.5 sen kepada 88.5 sen dan SNS susut setengah sen kepada 66.5 sen.
Selain Petronas Dagangan, pemacu kenaikan adalah Nestle yang melonjak 90 sen kepada RM96.94, Plenitude naik 29 sen kepada RM2.15, Country View menambah 24 sen kepada RM3.02 dan Hong Leong Finance Group menambah 14 sen kepada RM17.06.
Saham dengan penyusutan ketara adalah MPI yang rugi 30 sen kepada RM29; PPB Group susut 26 sen kepada RM9.86; Petronas Chemicals merosot 15 sen kepada RM4.40; Kelington Group turun 12 sen kepada RM5.49 dan Malayan Cement kehilangan 11 sen kepada RM4.11.
In active trade, EA Holdings, MTouche and NexG were flat at half-a-sen, 6.5 sen and 9.5 sen, respectively, Tanco declined 1.5 sen to 88.5 sen, and SNS eased half-a-sen to 66.5 sen.
Di pasaran meluas, Indeks FBM Emas susut 13.29 mata kepada 11,980.15, Indeks FBMT 100 turun 8.81 mata kepada 11,716.23, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 39.81 mata kepada 12,008.65, Indeks FBM 70 merosot 50.27 mata kepada 16,800.08 manakala Indeks FBM ACE menguncup 51.75 mata kepada 5,148.71.
Bagi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.68 mata kepada 172.08, Indeks Tenaga turun 3.15 mata kepada 779.37, Indeks Perkhidmatan Kewangan sebaliknya melonjak 63.04 mata kepada 18,219.88 dan Indeks Perladangan menokok 8.98 mata kepada 7,771.63
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial