KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 naik 2.0 mata kepada 1,610, kontrak Oktober 2025 meningkat 4.5 mata kepada 1,610.50, Disember 2025 menokok 6.0 mata kepada 1,604 dan Mac 2026 menambah 7.0 mata kepada 1,584.
Jumlah dagangan menyusut kepada 16,450 lot daripada 44,133 pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka turun kepada 59,230 kontrak daripada 87,049 sebelum ini.
FBM KLCI meningkat 1.90 mata untuk ditutup kepada 1,610.95, daripada paras 1,609.05 pada Jumaat minggu lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial