Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menamatkan penurunan pada sesi sebelumnya berikutan pasaran menjangka pengeluaran meningkat dengan kadar lebih perlahan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata prestasi eksport yang lebih kukuh turut merangsang sentimen pasaran.
"Kami menjangka harga kekal disokong melepasi RM4,350, dengan paras rintangan pada RM4,550," kata Ng kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 menokok RM54 kepada RM4,359 satu tan, November 2025 meningkat RM41 kepada RM4,365, dan Disember 2025 menambah RM36 kepada RM4,388.
Kontrak Januari 2026 meningkat RM28 kepada RM4,404, Februari 2026 naik RM21 kepada RM4,403 manakala kontrak Mac 2026 menokok RM15 kepada RM4,384.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 83,099 lot daripada 93,836 pada Selasa manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 260,977 kontrak daripada 258,884 sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan menambah RM50 kepada RM4,390 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial