KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan awal yang dicatatkan penanda aras tempatan.
Pada 9.27 pagi, Oktober 2025 meningkat 12 mata kepada 1,635.50, November 2025 dan Disember 2025 masing-masing naik 11 mata kepada 1,633.00 dan 1,629.50 manakala Mac 2026 melonjak 13.5 mata kepada 1,609.00.
Jumlah dagangan mencecah 2,194 lot manakala kepentingan terbuka pada 40,913 kontrak.
Selepas 45 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 12.06 mata kepada 1,632.93 daripada 1,620.87 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial