PASARAN > BERITA

RINGGIT DITUTUP TINGGI BERIKUTAN KETEGANGAN PERDAGANGAN AS-CHINA JEJAS DOLAR AS

16/10/2025 07:26 PM

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan perdagangan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah menjejaskan dolar.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2275/2300 berbanding dolar AS daripada 4.2305/2355 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi dolar AS yang lemah menyebabkan Indeks Dolar AS (DXY) menyusut, berkurangan 0.21 peratus kepada 98.584.

“Ketegangan perdagangan serta kecenderungan Rizab Persekutuan AS menurunkan kadar faedah dan penutupan kerajaan AS yang berterusan, telah meningkatkan prospek penurunan kadar faedah di AS pada akhir bulan ini,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 4.9284/9313 daripada 4.9213/9272 semasa ditutup pada Rabu, rendah berbanding pound Britain kepada 5.6792/6826 daripada 5.6469/6535 dan hampir mendatar berbanding yen Jepun kepada 2.7943/7961 daripada 2.7948/7983.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2630/2651 daripada 3.2648/2689 sebelum ini, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 254.9/255.2 daripada 255.2/255.6, dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.27/7.28 daripada 7.29/7.30 sebelumnya.

Bagaimanapun ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.9933/13.0151 daripada 12.8975/9182 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan