Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis di tengah-tengah ketidaktentuan perdagangan global yang berterusan.
Kontrak semerta bulan Oktober 2025 ditutup lebih tinggi kepada US$4,229.80 setiap auns troy daripada US$4,216.30 setiap auns troy ketika ditutup semalam, kontrak November 2025 meningkat kepada US$4,246.50 setiap auns troy daripada US$4,231.50, dan kontrak Disember 2025 mengukuh kepada US$4,262.50 setiap auns troy berbanding US$4,247.50 sebelumnya.
Kontrak Januari 2026 meningkat kepada US$4,279.50 setiap auns troy daripada US$4,264.50 setiap auns troy semalam, manakala kontrak Februari 2026, April 2026, dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$4,295.8 setiap auns troy berbanding US$4,281.0 sebelumnya.
Jumlah dagangan merosot kepada 63 lot daripada 577 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 177 kontrak daripada 622 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 15 Okt, 2025, harga emas fizikal berada pada US$4,204.60 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial