PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH DIPENGARUHI PRESTASI LEMAH HARGA EMAS COMEX

21/10/2025 08:12 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh prestasi lemah harga emas COMEX.

Kontrak bulan semerta Oktober 2025 susut kepada US$4,274.60 setiap auns troy daripada US$4,341.60 setiap auns troy, kontrak November 2025 turun kepada US$4,291.30 setiap auns troy daripada US$4,358.30 setiap auns troy, Disember 2025 jatuh kepada US$4,308.20 setiap auns troy daripada US$4,374.30 setiap auns troy ketika ditutup minggu lepas.

Kontrak Januari 2026 merosot kepada US$4,325.20 setiap auns troy daripada US$4,391.30 setiap auns troy, manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup rendah kepada US$4,341.50 setiap auns troy daripada US$4,407.20 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 124 lot daripada 135 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 164 kontrak daripada 171 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$4,294.35 setiap auns troy mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 20 Oktober, 2025.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan