PASARAN > BERITA

KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DITUTUP STABIL SUSULAN OPERASI BNM

03/11/2025 05:13 PM

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) --Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM31.40 bilion daripada RM28.82 bilion pagi ini, manakala kecairan dalam dana Islam susut kepada RM24.10 bilion daripada RM25.71 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.40 bilion dan tender pasaran wang murabahah sebanyak RM24.10 bilion, kedua-duanya untuk wang satu hari.

Setakat 31 Okt, 2025, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan