KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi, menjejaki kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).
Kontrak bulan semerta November 2025 meningkat kepada US$4,153.30 setiap auns troy daripada US$4,091.30 setiap auns troy, Disember 2025 menokok kepada US$4,170.40 daripada US$4,108.40 dan Januari 2026 bertambah kepada US$4,189.00 daripada US$4,127.00 semalam.
Kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi kepada US$4,204.90 setiap auns troy daripada US$4,142.90 sebelumnya.
Jumlah dagangan melonjak kepada 46 lot daripada 11 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 146 kontrak daripada 132 kontrak semalam.
Emas fizikal ditetapkan pada harga US$4,090.25 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 10 Nov, 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial