KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan kenaikan di COMEX Amerika Syarikat (AS).
Komoditi berharga itu semakin merapatkan jurang paras tertingginya yang direkodkan pada Oktober berikutan keyakinan berterusan Rizab Persekutuan (Fed) akan melaksanakan pengurangan kadar faedah pada Disember, walaupun hanya segelintir pegawai bank pusat itu memberi isyarat kemungkinan penurunan itu, lapor Sputnik/RIA Novosti hari ini.
Kontrak bulan semerta November 2025 melonjak kepada US$4,235.20 setiap auns troy daripada US$4,136.60 setiap auns troy, kontrak Disember 2025 mengukuh kepada US$4,252.40 daripada US$4,153.80 dan kontrak Januari 2026 meningkat kepada US$4,271.00 daripada US$4,172.40 semalam.
Kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi pada paras US$4,286.90 setiap auns troy, menokok daripada US$4,188.30 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 47 lot berbanding 27 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 138 kontrak daripada 108 kontrak semalam.
Harga emas fizikal berada pada US$4,136.75 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 11 Nov, 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial