Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak mendatar minggu depan susulan para peniaga menunggu angka unjuran eksport yang bakal dikeluarkan, kata seorang peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata angka daripada syarikat penyelidik kargo dijangka memberi gambaran yang lebih jelas mengenai sentimen pasaran dan arah aliran harga pada minggu hadapan.
“Kami menjangka harga bergerak antara RM4,050 hingga RM4,250 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Bagi asas perbandingan mingguan, kontrak Disember 2025 naik RM18 kepada RM4,100 satu tan, Januari 2026 menambah RM19 kepada RM4,128 satu tan, Februari 2026 meningkat RM8 kepada RM4,145 satu tan, manakala Mac 2026 naik RM2 kepada RM4,159 satu tan.
Bagaimanapun, November 2025 susut RM145 kepada RM3,935 satu tan dan April 2026 turun RM1 kepada RM4,167 satu tan.
Jumlah dagangan mingguan mengecil kepada 402,878 lot berbanding 487,131 lot minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 269,476 kontrak daripada 264,821 kontrak sebelum ini.
Harga fizikal MSM bagi November Selatan berkurang RM40 kepada RM4,080 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial