KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia menyanggah prestasi pasaran serantau yang suram apabila meningkat pada tengah hari ini di tengah-tengah aktiviti pembelian sederhana membabitkan saham wajaran tinggi.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.52 mata atau 0.40 peratus kepada 1,620.58 daripada paras 1,614.06 pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 0.62 mata kepada 1,613.44, bergerak dalam julat 1,613.05 hingga 1,621.76 sepanjang sesi dagangan pagi.
Di pasaran meluas, ran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 544 berbanding 374, manakala 521 kaunter tidak berubah, 1,347 tidak didagangkan dan 10 digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 3.19 bilion unit yang bernilai RM1.50 bilion.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing naik dua sen kepada RM9.94 dan RM4.27, CIMB melonjak 11 sen kepada RM7.56, Hong Leong Bank menokok lapan sen kepada RM21, TNB and Press Metal tidak berubah pada 13.18 dan RM6.44 manakala IHH Healthcare turun dua sen kepada RM8.18 dan CelcomDigi kehilangan lapan sen kepada RM3.39.
Bagi saham paling aktif, Aquawalk yang mula disenaraikan di Pasaran ACE naik satu sen kepada 32 sen, Tanco meraih dua sen kepada RM1.01, Perak Transit menokok 1.5 sen kepada 29 sen, TWL tidak berubah pada 2.5 sen, Farm Fresh susut satu sen kepada RM2.39 dan V.S. Industry turun tiga sen kepada 44 sen.
Kaunter paling untung adalah BLD Plantation yang melonjak RM1.08 kepada RM11.84, United Plantations mengukuh 88 sen kepada RM27.92, Petronas Gas menambah 16 sen kepada RM18.30 dan Can-One meningkat 15 sen kepada RM1.85.
Sebaliknya, kaunter paling rugi menyaksikan Dutch Lady susut 62 sen kepada RM28.68, Nestle berkurangan 40 sen kepada RM112.30, Petronas Dagangan turun 36 sen kepada RM21.14 manakala Fraser & Neave menguncup 24 sen kepada RM32.76.
Di papan indeks pula, Indeks FBMT 100 naik 33.16 mata kepada 11,774.48, Indeks FBM Emas menokok 30.76 mata kepada 12,000.72, Indeks FBM Emas Syariah meraih 11.99 mata kepada 11,980.14, Indeks FBM Mid 70 susut 14.64 mata kepada 16,771.03 dan Indeks FBM ACE susut 10 mata kepada 4,902.1.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perladangan naik 51.361 mata kepada 8,169.98, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 85.81 mata kepada 18,424.4, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian sebaliknya susut 0.33 mata kepada 165.18 dan Indeks Tenaga menguncup 2.39 mata kepada 759.12.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial