Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi dan sentimen lebih baik di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.76 mata atau 0.79 peratus kepada 1,624.50 daripada 1,611.74 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks barometer yang dibuka menokok 4.39 mata kepada 1,616.13, menyusut kepada paras terendah 1,614.41 semasa sesi dagangan pagi tetapi kembali kukuh untuk mencapai paras tertinggi 1,624.97 pada akhir dagangan.
Bagaimanapun, pasaran meluas adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 608 berbanding 517. Sebanyak 563 kaunter tidak berubah, 1,113 tidak diniagakan dan 82 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan merosot kepada 3.87 bilion unit bernilai RM2.98 bilion daripada 4.39 bilion unit bernilai RM2.82 bilion pada Selasa.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata aktiviti pembelian saham berharga rendah berlaku di bursa tempatan hari ini, mengambil petunjuk daripada indeks serantau utama yang turut ditutup tinggi susulan petunjuk positif daripada Wall Street dalam tempoh semalaman.
"Sentimen pasaran semakin baik berikutan pelabur yakin bahawa Rizab Persekutuan AS boleh menurunkan kadar faedah bulan depan," katanya kepada Bernama.
Di peringkat domestik, Thong berkata struktur jangka panjang indeks petunjuk pasaran kekal membina, mewujudkan asas yang stabil sejak pertengahan tahun.
"Sekiranya sentimen global semakin baik, terutamanya berkaitan sektor teknologi dan jangkaan makro AS, profil pendapatan defensif Malaysia dan penilaian yang sewajarnya boleh menarik aliran masuk asing yang lebih besar," katanya.
"Buat masa ini, kami menjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,610-1,640 untuk tempoh yang masih berbaki minggu ini, yang terdiri daripada paras sokongan dan rintangan," katanya.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.98, Public Bank meningkat lapan sen kepada RM4.38, CIMB meningkat 13 sen kepada RM7.60, Tenaga Nasional menambah dua sen kepada RM13.12 dan IHH meningkat tiga sen kepada RM8.07.
Bagi saham paling aktif, Aizo rendah 1.5 sen kepada 5.5 sen, Tanco menambah satu sen kepada RM1.09, D&O Green Tech merosot 21.5 sen kepada 87.5 sen manakala TWL dan Malayan United masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen dan 5.5 sen.
Bagi saham paling untung, Hong Leong Industries meningkat 64 sen kepada RM14.98, Allianz menokok 46 sen kepada RM18.54, Telekom Malaysia menambah 27 sen kepada RM7.61, Chin Teck naik 24 sen kepada RM11, dan Hong Leong Bank menambah 22 sen kepada RM21.50.
Antara saham paling rugi, KL Kepong susut 44 sen kepada RM20.60, MPI rendah 24 sen kepada RM32.80, Nestle dan KESM masing-masing berkurangan 20 sen kepada RM109.80 dan RM3.06, dan Greatech rendah 15 sen kepada RM1.64.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 63.13 mata kepada 12,049.48, Indeks FBM Emas Shariah naik 35.17 mata kepada 12,000.69, dan Indeks FBMT 100 menokok 72.82 mata kepada 11,829.25.
Indeks FBM ACE susut 20.60 mata kepada 4,889.77 manakala Indeks FBM Mid 70 naik 16.98 mata kepada 16,963.78.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 181.26 mata kepada 18,650.26, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.17 mata kepada 164.72 manakala Indeks Perladangan susut 33.10 mata kepada 8,199.12 dan Indeks Tenaga berkurangan 5.03 mata kepada 755.29.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.71 bilion unit bernilai RM2.55 bilion daripada 1.52 bilion unit bernilai RM2.27 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran menyusut kepada 1.82 bilion unit bernilai RM311.62 juta berbanding 2.45 bilion unit bernilai RM419.16 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 341.68 juta unit bernilai RM118.34 juta berbanding 428.17 juta unit bernilai RM134.95 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 347.49 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (394.99 juta), pembinaan (144.12 juta), teknologi (245.85 juta), perkhidmatan kewangan (68.94 juta), hartanah (191.45 juta), perladangan (42.77 juta), amanah pelaburan hartanah (21.11 juta), dana tertutup (800), tenaga (70.05 juta), penjagaan kesihatan (59.33 juta), telekomunikasi dan media (52.26 juta), pengangkutan dan logistik (36.41 juta), utiliti (36.37 juta), dan amanah perniagaan (951,700).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial