Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu berikutan momentum penurunan dalam niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran turut menerima tekanan daripada data ekonomi China yang lemah dan jangkaan jualan kenderaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah.
Katanya jualan kenderaan baharu AS dijangka mencecah 1.27 juta unit pada November, merosot satu peratus bulan ke bulan dan lapan peratus tahun ke tahun, didorong oleh harga yang lebih tinggi, permintaan terhadap kenderaan elektrik yang rendah dan hari jualan yang berkurangan.
“Penurunan dikekang oleh harga minyak mentah yang kukuh, kebimbangan mengenai bekalan getah asli termasuk kemungkinan pengurangan pengeluaran di Thailand akibat banjir, jualan kenderaan China yang menyokong dan jangkaan yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS minggu depan,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 6.5 sen kepada 721.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat setengah sen kepada 577.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial