PASARAN > BERITA

PASARAN GETAH DITUTUP DENGAN SEDIKIT KENAIKAN

09/12/2025 06:45 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi sedikit pada Selasa disokong oleh ringgit yang lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga. 

Ketika dibuka pada pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1120/1220 berbanding dolar AS daripada 4.1100/1145 pada penutupan semalam. 

Menurut peniaga itu juga, kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli berikutan cuaca buruk di negara pengeluar getah asli utama iaitu Thailand turut mendorong harga pasaran getah ditutup lebih tinggi. 

Beliau berkata sentimen pasaran turut meningkat oleh data ekonomi China yang positif dan keyakinan terhadap rangsangan tambahan di tengah-tengah tinjauan yang sedikit meningkat bagi Asia. 

“Bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah penanda aras dan aliran bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau apabila peniaga kekal berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS dan tinjauannya terhadap ekonomi AS,” katanya kepada Bernama. 

Pada 3 petang, harga bagi Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 dan lateks pukal masing-masing meningkat setengah sen kepada 718.5 sen sekilogram dan 576.5 sen sekilogram. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan