Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan prestasi positif dengan ditutup tinggi untuk sesi keempat berturut-turut, disokong oleh sentimen pasaran tempatan yang lebih baik berikutan asas makroekonomi domestik yang kukuh.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.59 mata atau 0.28 peratus kepada 1,648.31 daripada 1,643.72 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks dibuka rendah 0.95 mata kepada 1,642.77 dan bergerak antara 1,636.50 dan 1,648.71 sepanjang sesi dagangan.
Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 699 berbanding 408, sebanyak 520 kaunter tidak berubah, 1,149 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.59 bilion unit bernilai RM2.27 bilion daripada 2.50 bilion unit bernilai RM2.16 bilion pada Isnin.
Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata kenaikan diterajui oleh kaunter kewangan dalam kalangan indeks saham wajaran tinggi, mencerminkan keyakinan baharu terhadap daya tahan pendapatan dan lembaran imbangan yang baik.
Beliau berkata sentimen positif turut diperkukuh oleh penurunan kadar faedah terkini oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), menjadikan keadaan kewangan global lebih positif dan kesediaan untuk mengambil risiko lebih baik.
“Selain itu, aktiviti mengimbangi semula portfolio pada akhir tahun dalam kalangan pelabur institusi tempatan telah memberikan sokongan tambahan kepada saham permodalan besar terpilih, menyumbang kepada momentum kenaikan indeks secara berterusan,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank mendatar pada RM10.36, Public Bank merosot dua sen kepada RM4.47 manakala CIMB naik lima sen kepada RM7.98, IHH Healthcare meningkat dua sen kepada RM8.72 dan Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM13.14.
Dalam senarai paling aktif, Tanco dan V.S Industry, masing-masing merosot tiga sen kepada RM1.15 dan 48.5 sen, Zetrix AI berkurangan 1.5 sen kepada 81 sen, Velesto menurun satu sen kepada 27.5 sen dan SNS Network susut dua sen kepada 50.5 sen.
Kaunter paling untung termasuklah Nestle, naik 70 sen kepada RM113, Dutch Lady Milk Industries meningkat 56 sen kepada RM30.68, Fraser and Neave menambah 42 sen kepada RM35.48, United Plantations menokok 24 sen kepada RM28.94 dan Hong Leong Bank naik 18 sen kepada RM21.86.
Kaunter paling rugi ialah Malaysian Pacific Industries, merosot 30 sen kepada RM31.50, Hong Leong Industries berkurangan 24 sen kepada RM15.68, Yinson Holdings dan United Malacca, masing-masing menurun 12 sen kepada RM2.20 dan RM5.80 serta Frontken susut 11 sen kepada RM4.13.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 8.82 mata kepada 12,099.20, Indeks FBM ACE meningkat 12.13 mata kepada 4,737.42 dan Indeks FBMT 100 menambah 15.87 mata kepada 11,900.83 manakala Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 3.99 mata kepada 11,910.50 dan Indeks FBM 70 merosot 54.82 mata kepada 16,618.60.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 40.58 mata kepada 8,180.03, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 35.91 mata kepada 19,316.07 manakala Indeks Tenaga merosot 5.48 mata kepada 760.06 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.39 mata kepada 169.49.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.30 bilion unit bernilai RM2.06 bilion daripada 1.25 bilion unit bernilai RM1.94 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran naik kepada 987.56 juta unit bernilai RM118.87 juta daripada 953.61 juta unit bernilai RM115.93 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 299.21 juta unit bernilai RM94.17 juta daripada 300.47 juta unit bernilai RM101.62 juta semalam.
Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 217.40 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (241.74 juta), pembinaan (82.30 juta), teknologi (209.04 juta), perkhidmatan kewangan (57.94 juta), hartanah (144.64 juta), perladangan (22.18 juta), amanah pelaburan hartanah (15.68 juta), dana tertutup (8,600 saham), tenaga (119.79 juta), penjagaan kesihatan (75.41 juta), telekomunikasi dan media (41.40 juta), pengangkutan dan logistik (43.51 juta), utiliti (28.90 juta) dan amanah perniagaan (140,300).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial