Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pasaran getah dijangka meningkat sedikit minggu depan di tengah-tengah kebimbangan terhadap bekalan akibat hujan lebat berterusan di daerah pengeluar getah di Thailand dan Malaysia, kata pakar industri Denis Low.
Beliau berkata hujan yang berterusan, ditambah pula dengan amaran cuaca di Thailand dan risiko banjir serta tanah runtuh di Malaysia, berkemungkinan mengurangkan pengeluaran getah dan mengganggu logistik.
“Berdasarkan kepada keadaan ini, harga getah dijangka meningkat sedikit, disokong oleh permintaan yang lebih kukuh untuk getah pukal dan getah kering,” katanya.
Beliau menambah turun naik kadar pertukaran mata wang dan harga minyak mentah turut menyumbang kepada ketidakstabilan pasaran.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) turun satu sen kepada 723 sen sekilogram, manakala lateks pukal turut susut 0.5 sen kepada 575 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial