Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kontrak FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) (FKLI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lemah minggu depan, mencerminkan keadaan cuti akhir tahun dan pergerakan dalam pasaran asas tunai.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata data ekonomi utama akan dipantau minggu depan termasuk tuntutan pengangguran Amerika Syarikat, minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dan Indeks Pengurus Pembelian China untuk Disember.
"Kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam julat 1,660-1,690 minggu depan," katanya kepada Bernama.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak Disember 2025 naik 7.5 mata kepada 1,676.0, Januari 2026 meningkat 8.0 mata kepada 1,680.0, Mac 2026 menambah 9.0 mata kepada 1,664.50 dan Jun 2026 melonjak 1.5 mata kepada 1,664.0.
Jumlah dagangan mingguan menokok kepada 97,819 lot daripada 36,11 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 63,355 kontrak daripada 46,114 kontrak sebelumnya.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI meningkat 11.20 mata kepada 1,677.10 daripada 1,665.90 minggu lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial