KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat ketika mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan indeks petunjuk utama naik 0.34 peratus dipacu oleh sokongan belian bagi saham-saham perbankan.
Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah sebanyak 5.70 mata kepada 1,675.27 daripada paras 1,669.57, semalam.
Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 0.87 mata kepada 1,670.44 dan bergerak dalam julat 1,670.28 hingga 1,676.60 sepanjang sesi dagangan awal itu.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 478 berbanding 440 dengan 518 kaunter tidak berubah, 1,213 tidak diniagakan dan 24 digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 1.57 bilion saham yang bernilai RM1.18 bilion.
Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata aktiviti dagangan kekal tertumpu kepada saham wajaran tinggi ketika pelabur runcit berada di luar pasaran.
“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,665 hingga 1,675,” katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikana Maybank melonjak 14 sen kepada RM10.78, CIMB naik 11 sen kepada RM8.17, Hong Leong Bank meraih 20 sen kepada RM22.84, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.51, TNB sebaliknya tidak berubah pada RM13.46 manakala CelcomDigi susut satu sen kepada RM3.35.
Kaunter paling aktif didahului Zetrix AI dan Tanco yang masing-masing meningkat satu sen kepada 82.5 sen dan RM1.24, VS Industry naik setengah sen kepada 48.5 sen, MMAG tidak berubah pada tujuh sen dan Dagang Nexchange susut 1.5 sen kepada 34.5 sen.
Bagi kaunter paling untung, Malaysian Pacific Industries melonjak 62 sen kepada RM33.02, Vitrox naik 40 sen kepada RM4.71, Fraser & Neave meraih 34 sen kepada RM36.04 manakala United Plantations menokok 32 sen kepada RM33.44.
Sebaliknya, kaunter dengan kerugian ketara adalah Malayan Cement yang susut 19 sen kepada RM7.91, Panasonic turun 13 sen kepada RM7.33, Hong Leong Industries berkurangan 12 sen kepada RM16.54 manakala Analabs turun 10 sen kepada RM1.68.
Dalam pada itu di papan indeks pula, Indeks FBM Emas menambah 37.94 mata kepada 12,387.36, Indeks FBM Top 100 naik 39.19 mata kepada 12,175.94, Indeks FBM Emas Shariah menokok 7.05 mata kepada 12,174.09, Indeks FBM Mid 70 menambah 46.07 mata kepada 17,365.65 manakala Indeks FBM ACE susut 8.01 mata kepada 4,974.20.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 169.74 mata kepada 19,909.47, Indeks Tenaga meraih 3.66 mata kepada 773.97, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.15 mata kepada 172.05 manakala Indeks Perladangan menambah 35.13 mata kepada 8,472.83.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial