KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2026 naik 3.5 mata kepada 1,705.0, Februari 2026 meningkat 5.0 mata kepada 1,709.5, manakala Mac 2026 dan Jun 2026 menokok 4.5 mata masing-masing kepada 1,691.0 dan 1,692.0.
Jumlah dagangan susut kepada 6,885 lot daripada 8,238 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,659 kontrak daripada 41,460 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 12.76 mata, atau 0.75 peratus, kepada 1,708.20 daripada penutupan Isnin iaitu 1,695.44. Indeks itu melepasi paras tertinggi sebelumnya iaitu 1,707.73 yang dicatatkan pada 28 Februari 2019.
.- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial