PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIJANGKA MENJEJAKI PASARAN TUNAI MINGGU DEPAN

17/01/2026 11:29 AM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menjejaki pergerakan pasaran tunai minggu hadapan, kata seorang penganalisis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata selagi indeks petunjuk pasaran kekal melebihi paras sokongan 1,680 hingga1,690, aliran kenaikan yang lebih menyeluruh dijangka kekal kukuh.

"Sebarang kelemahan jangka pendek berkemungkinan mencerminkan pengukuhan dan bukannya perubahan arah.

"Kami menjangkakan FBM KLCI akan diniagakan antara 1,690 dan 1,720 minggu hadapan," katanya kepada Bernama.

Sepanjang minggu yang baru berakhir, niaga hadapan FBM KLCI kebanyakannya diniagakan lebih tinggi tetapi merosot pada Jumaat untuk menutup minggu ini dengan lebih rendah disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung walaupun prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.

Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat, Januari 2026 meningkat 25 mata kepada 1,710.0, Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing melonjak 27 mata kepada 1,715.0 dan 1,697.0.

Jun 2026 menokok 30 mata kepada 1,700.5.

Jumlah dagangan untuk minggu ini naik kepada 36,578 lot daripada 33,124 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 41,095 kontrak daripada 40,951 kontrak sebelumnya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI bertambah 26.20 mata kepada 1,712.74 daripada 1,686.54 minggu lepas.

 -- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan