Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki penurunan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS).
Harga logam berharga itu juga tertekan oleh pengukuhan baharu dolar AS apabila pasaran global beralih ke arah kedudukan yang lebih defensif.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS mengukuh apabila Indeks Dolar AS (DXY) mendapat momentum di tengah-tengah tanda-tanda aktiviti pengambilan untung susulan data ekonomi AS yang bercampur-campur.
Sewaktu berita ini ditulis, DXY AS meningkat 0.18 peratus kepada 97.81.
Sementara itu, pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 merosot kepada US$4,892 setiap auns troy daripada US$5,110, Mac 2026 susut kepada US$4,909.50 setiap auns troy daripada US$5,127.50 dan April 2026 menurun kepada US$4,926.30 setiap auns troy daripada US$5,144.30 pada Rabu.
Kontrak Mei, Jun dan Ogos 2026 juga melemah ditutup pada US$4,926.30 setiap auns troy daripada US$5,144.30 semalam.
Jumlah dagangan meningkat kepada 35 lot daripada 14 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 126 kontrak daripada 111 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,985.10 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 4 Feb, 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial