PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA SUSUT PADA TENGAH HARI SUSULAN AKTIVITI PENGAMBILAN UNTUNG

10/02/2026 02:19 PM

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung beberapa kaunter saham mewah, khususnya kaunter kesihatan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.16 mata kepada 1,747.14 daripada paras 1,751.30 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.16 mata lebih tinggi pada 1,755.46 dan berlegar antara 1,745.61 dan 1,761.57 sepanjang sesi dagangan pagi.

Pasaran secara keseluruhan adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 430 berbanding 425. Sebanyak 479 kaunter tidak berubah, 1,317 kaunter tidak didagangkan, manakala 11 kaunter digantung.

Jumlah dagangan mencatatkan 1.38 bilion unit bernilai RM1.12 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur mengambil untung susulan prestasi positif FBM KLCI pada hari sebelumnya.

Indeks penanda aras itu memulakan dagangan minggu dengan catatan tinggi semalam, disokong oleh permulaan program Sumbangan Asas Rahmah, manakala kemenangan besar Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi terus menyokong sentimen di pasaran Asia hari ini, katanya kepada Bernama.

Antara kaunter wajaran tinggi, IHH Healthcare merosot 13 sen kepada RM8.81, 99 Speedmart Retail Holdings turun 12 sen kepada RM4.03, Tenaga Nasional susut 16 sen kepada RM13.98 dan Maybank menurun empat sen kepada RM12.02, manakala Public Bank naik tiga sen kepada RM5.11.

Kalangan kaunter paling aktif, Zetrix AI merosot satu sen kepada 79.5 sen, manakala MMAG Holdings, Pharmaniaga dan Bina Puri kekal pada RM4.5 sen, RM30 sen dan RM29.5 sen masing-masing. Capital A meningkat satu sen kepada 59 sen.

Bagi kaunter paling untung, Fraser & Neave Holdings naik 28 sen kepada RM33.28, Malaysian Pacific Industries meningkat RM1.10 kepada RM32.68, Chin Teck Plantations naik 58 sen kepada RM11, Hong Leong Financial Group bertambah 28 sen kepada RM22.68, dan Axiata Group meningkat 18 sen kepada RM2.37.

Sementara itu, Nestle susut 30 sen kepada RM111.30, Petronas Dagangan turun 48 sen kepada RM20.24, Hong Leong Bank merosot 16 sen kepada RM24.84, Negri Sembilan Oil Palms susut 15 sen kepada RM5.75, dan Dutch Lady Milk Industries menurun 14 sen kepada RM33.

Di papan indeks, Indeks FBM Top merosot 21.56 mata kepada 12,594.66, Indeks FBM Emas merosot 17.99 mata kepada 12,766.56 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 16.45 mata kepada 12,218.27.

Sementara itu, Indeks FBM Mid 70 naik 8.28 mata kepada 17,498.67, manakala Indeks FBM ACE meningkat 9.32 mata kepada 4,738.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 17.41 mata kepada 21,707.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.08 mata kepada 174.93, manakala Indeks Tenaga meningkat 1.24 mata kepada 740.85 dan Indeks Perladangan naik 22 mata kepada 8,380.52.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan