PASARAN > BERITA

RINGGIT TERUS MENINGKAT, DIPACU DATA EKONOMI KUKUH

11/02/2026 07:41 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat sebanyak 0.25 peratus berbanding dolar AS, mengukuh pada hari ketiga berturut-turut pada Rabu, disokong oleh petunjuk ekonomi domestik yang memberangsangkan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan menokok kepada 3.9110/9170 berbanding dolar AS, meningkat daripada 3.9220/9260 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sektor pembinaan berkembang sebanyak 10.3 peratus pada suku keempat 2025, mengekalkan kadar pertumbuhan dua digit selama lapan suku berturut-turut.

Sementara itu, kadar pengangguran kekal pada 2.9 peratus bagi bulan kedua berturut-turut pada Disember.

Mohd Afzanizam berkata, secara keseluruhan, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada suku keempat 2025.

Menurutnya dasar monetari Malaysia dijangka kekal seperti sedia ada, dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) diunjur tidak berubah pada 2.75 peratus

“Perkembangan sedemikian adalah positif kepada ringgit, yang akan memastikan USD/MYR mendapat sokongan baik.

“Paras sokongan segera pada masa ini adalah RM3.87. Sekiranya momentum positif ini berterusan, USD/MYR boleh melepasi RM3.90 dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.5527/5566 daripada 2.5264/5292 semasa ditutup pada Selasa namun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3561/3643 daripada 5.3610/3664 dan menokok berbanding euro kepada 4.6611/6683 daripada 4.6731/6778 sebelumnya.

Pada akhir dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang serantau ASEAN namun menyusut berbanding peso Filipina kepada 6.71/6.72 daripada 6.70/6.71.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 233.0/233.4 daripada 233.3/233.6, menokok berbanding baht Thailand kepada 12.5808/6062 daripada 12.5866/6051 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0990/1040 daripada 3.0994/1028.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan