KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Dagangan niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran peningkatannya pada akhir urus niaga Khamis, seiring dengan prestasi dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
Pada akhir dagangan hari ini, kontrak bulan semasa Februari 2026 naik kepada US$5,081.10 bagi setiap auns troy daripada US$5,069.80, semalam.
Kontrak Mac 2026 menokok kepada US$5,098.10 setiap auns troy daripada US$5,086.70 manakala April dan Mei masing-masing meningkat kepada US$5,115.80 setiap auns troy daripada US$5,104.40.
Selain itu, kontrak Jun dan Ogos meningkat kepada US$5,149.70 setiap auns troy daripada US$5,138.30 semalam.
Jumlah dagangan mengukuh kepada lapan lot berbanding enam lot manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 108 kontrak daripada 91 kontrak.
Selain itu, sesi penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 11 Feb, 2026 menyaksikan harga emas fizikal pada US$5,077.85 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial