PASARAN > BERITA

PASARAN MSM DIJANGKA BERDEPAN AKTIVITI PENGAMBILAN UNTUNG MINGGU DEPAN

21/02/2026 10:52 AM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan aktiviti pengambilan untung minggu depan apabila peniaga antarabangsa kembali selepas cuti Tahun Baharu Cina, kata seorang peniaga.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata niaga hadapan MSM dijangka diniagakan dalam lingkungan RM3,800 hingga RM3,900 satu tan minggu depan apabila peserta antarabangsa kembali dan menilai semula kedudukan masing-masing.

“Inventori MSM kekal mencukupi di Malaysia dan Indonesia selain menyediakan bekalan yang memadai untuk pasaran fizikal.

“Minat belian fizikal dijangka datang terutamanya dari India, Pakistan, Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan pada tahap yang lebih rendah, Amerika Syarikat,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan tempoh Jumaat ke Jumaat, kontrak Mac 2026 meningkat RM113 kepada RM4,063 satu tan, April 2026 naik RM50 kepada RM4,087 satu tan manakala Mei 2026 meningkat RM42 kepada RM4,092 satu tan.

Kontrak Jun 2026 menokok RM50 kepada RM4,096 satu tan, Julai 2026 berkembang RM60 kepada RM4,100 satu tan dan Ogos 2026 bertambah RM64 kepada RM4,099 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 194,724 lot berbanding 392,823 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka menurun kepada 228,011 kontrak daripada 230,392 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Mac Selatan meningkat RM50 kepada RM4,100 satu tan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan