PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI

24/02/2026 02:24 PM

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk perindustrian, utiliti dan sektor kewangan.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 8.39 mata kepada 1,749.59 daripada 1,757.98 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka rendah 1.99 mata kepada 1,755.99 dan bergerak dalam julat 1,747.68 hingga 1,756.00 pada sesi itu.

Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 634 berbanding 326 manakala 491 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,317 tidak didagangkan dan 26 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.22 bilion unit bernilai RM1.15 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini berkata tawaran awam permulaan (IPO) Sunway Healthcare yang akan datang pada hari Jumaat ini dijangka menyokong sentimen pasaran keseluruhan.

Minat belian juga jelas di kaunter penjagaan kesihatan lain termasuk KPJ Healthcare Bhd dan IHH Healthcare Bhd, menjelang penyenaraian.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM12.26, Public Bank turun satu sen kepada RM5.07, CIMB Group merosot enam sen kepada RM8.44, Tenaga Nasional berkurangan enam sen kepada RM14.08, manakala IHH Healthcare naik lapan sen kepada RM9.08.

Bagi saham paling aktif, Pharmaniaga merosot satu sen kepada 30.5 sen, Tanco menambah satu sen kepada RM1.49, Zetrix susut satu sen kepada 82 sen, Astro Malaysia kekal tidak berubah pada 8.5 sen dan Bina Puri berkurangan setengah sen kepada 29.5 sen.

Saham paling untung menyaksikan Fraser & Neave naik 56 sen kepada RM33.56, Vstecs meningkat 22 sen kepada RM4.49, Sunway Construction menokok 18 sen kepada RM6.49, UMS Integration melonjak 15 sen kepada RM4.15, and UWC menambah 14 sen kepada RM4.32.

Antara saham paling rugi adalah Nestle, turun RM2.70 kepada RM109.70, Kuala Lumpur Kepong merosot 34 sen kepada RM19.66, United Plantations susut 32 sen kepada RM30.00, Petronas Dagangan berkurangan 28 sen kepada RM20.70 dan Knusford menguncup 22 sen kepada 45.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBMT 100 berkurangan 58.22 mata kepada 12,650.33, Indeks FBM Emas turun 59.31 mata kepada 12,827.40, Indeks FBM 70 pula merosot 70.78 mata kepada 17,747.38, Indeks FBM Emas Shariah turun 80.06 mata kepada 12,366.99, manakala Indeks FBM ACE berkurangan 11.56 mata kepada 4,837.12.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 28.27 mata kepada 21,623.44, Indeks Perladangan turun 72.06 mata kepada 8,417.24, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.35 mata kepada 173.18 dan Indeks Tenaga berkurangan 5.79 mata kepada 764.51.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan