PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH BERIKUTAN AKTIVITI AMBIL UNTUNG

27/02/2026 07:04 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan langkah pelabur mengambil keuntungan susulan peningkatan baru-baru ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 24.33 mata atau 1.39 peratus kepada 1,716.61 berbanding paras 1,740.94 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.88 mata lebih rendah pada 1,737.06 dan bergerak antara 1,714.09 dan 1,737.06 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 842 berbanding 376, manakala 491 kaunter tidak berubah, sebanyak 981 kaunter tidak diniagakan dan 76 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.53 bilion unit bernilai RM5.53 bilion berbanding 2.98 bilion unit bernilai RM4.07 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI meneruskan trend menurun dalam persekitaran tekanan jualan yang menyeluruh.

Beliau berkata penanda aras itu menghadapi rintangan daripada kerugian dalam saham perbankan, pembinaan dan perindustrian, bagaimanapun trend yang lebih luas itu mencerminkan pembetulan yang positif dan bukannya penurunan.

“Kelemahan ini nampaknya merupakan penetapan semula penilaian selepas peningkatan yang kukuh pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun iaitu pada 1,771 pada akhir Januari,” katanya kepada Bernama.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata penurunan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor teknikal dan kedudukan dan bukannya sebarang kemerosotan dalam asas.

“Berikutan minggu pengumuman pendapatan korporat terutamanya dalam kalangan pelabur asing dan institusi, tekanan jualan telah didominasi oleh pengimbangan semula portfolio dan disiplin penilaian, bukannya kejutan makroekonomi baharu.

“Apa yang penting, hasil pendapatan sebahagian besarnya telah mengesahkan andaian kes asas, lembaran imbangan kekal berdaya tahan dan tiada bukti kitaran penurunan nilai meluas,” katanya.

Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM11.96, Public Bank susut tujuh sen kepada RM4.93 dan CIMB Group berkurangan 42 sen kepada RM8.04. Tenaga Nasional menambah 20 sen kepada RM14.38, manakala IHH Healthcare naik 10 sen kepada RM9.12.

Bagi saham aktif, VS Industry susut dua sen kepada 34.5 sen, Zetrix AI meningkat dua sen kepada 82 sen dan Tanco melonjak enam sen kepada RM1.59, Malaysian Resources menguncup setengah sen kepada 31 sen, manakala Press Metal merosot 47 sen kepada RM7.13.

Kaunter paling untung menyaksikan Fraser & Neave naik RM1.44 kepada RM34.94, UWC menambah 39 sen kepada RM4.50, Hume Cement menokok 36 sen kepada RM3.88, Hong Leong Industries melonjak 34 sen kepada RM18.72 dan Kelington menambah 26 sen kepada RM5.47.

Dalam kalangan kaunter paling rugi, Nestle turun 90 sen kepada RM109.90, Hong Leong Financial merosot 60 sen kepada RM21.30, Hong Leong Bank berkurangan 56 sen kepada RM23.28, Petronas Gas susut 48 sen kepada RM17.96, United Plantations menguncup 48 sen kepada RM29.52 dan Press Metal merosot 47 sen kepada RM7.13.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 157.17 mata kepada 12,611.43, Indeks FBMT 100 merosot 160.48 mata kepada 12,433.82 dan Indeks Shariah Emas FBM turun 94.15 mata kepada 12,217.56, Indeks FBM 70 susut 155.77 mata kepada 17,542.47 dan Indeks FBM ACE pula berkurangan 44.30 mata kepada 4,720.25.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 384.53 mata kepada 21,081.80, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 4.52 mata kepada 170.83, Indeks Tenaga berkurangan 5.72 mata kepada 753.74 dan Indeks Perladangan turun 81.97 mata kepada 8,269.57.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.43 bilion unit bernilai RM5.31 bilion berbanding 1.82 bilion unit bernilai RM3.82 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran naik kepada 746.92 juta unit bernilai RM76.83 juta daripada 707.30 juta unit bernilai RM87.39 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 354.36 juta unit bernilai RM143.11 juta berbanding 459.82 juta unit bernilai RM163.60 juta pada Khamis.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna mencatatkan 358.77 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (437.54 juta), pembinaan (185.73 juta), teknologi (378.18 juta), perkhidmatan kewangan (243.31 juta), hartanah (313.70 juta), perladangan (40.57 juta), amanah pelaburan hartanah (50.07 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (119.47 juta), penjagaan kesihatan (93.03 juta), telekomunikasi dan media (88.84 juta), pengangkutan dan logistik (29.88 juta), utiliti (91.33 juta) serta amanah perniagaan (598,000).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan