PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH SUSULAN PENGUKUHAN RINGGIT

17/03/2026 10:33 PM

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, susulan penjualan mendadak di pasaran minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata kejatuhan harga minyak kacang soya menekan harga MSM kerana kedua-dua minyak ini merupakan minyak sayuran utama yang bersaing dalam pasaran minyak makan global.

“Harga minyak kacang soya yang rendah terutamanya dipengaruhi oleh tekanan pasaran luaran, khususnya kelemahan harga minyak mentah dan ketidaktentuan berhubung perbincangan perdagangan yang sedang berlangsung antara Amerika Syarikat (AS) dan China,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah pengukuhan ringgit juga menjejaskan momentum pasaran minyak sawit.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 3.9155/9200 berbanding dolar AS daripada 3.9260/9310 ketika ditutup pada Isnin.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,500 setan dan paras rintangan pada RM4,680 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2026 menurun RM82 kepada RM4,542 setan, Mei 2026 susut RM75 kepada RM4,588 setan, manakala Jun 2026 menguncup RM73 kepada RM4,581 setan.

Kontrak Julai 2026 dan Ogos 2026 masing-masing susut RM75 kepada RM4,547 setan dan RM4,508 setan, manakala September 2026 turun RM74 kepada RM4,471 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 102,525 lot daripada 99,715 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 234,227 kontrak daripada 230,714 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk April Selatan menurun RM40 kepada RM4,580 setan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan