PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA KEKAL RENDAH PADA TENGAH HARI

24/03/2026 02:31 PM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Selasa susulan aktiviti jualan berterusan membabitkan saham wajaran tinggi terpilih didahului oleh sektor produk dan perkhidmatan perindustrian, perkhidmatan kewangan serta pengangkutan dan logistik.

Setakat 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.41 mata atau 0.84 peratus kepada 1,706.30 berbanding penutupan Khamis lepas pada 1,720.71.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 11.38 mata pada 1,732.09 dan seterusnya bergerak dalam julat 1,704.06 hingga 1,732.09 pada sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran kurang memberangsangkan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 920 berbanding 198 manakala 363 lain tidak berubah, 1,284 tidak diniagakan dan 28 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.71 bilion unit bernilai RM1.87 bilion.

Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd, sejajar kenaikan menyeluruh di Wall Street susulan harapan krisis Asia Barat mereda dan harga minyak lebih rendah, FBM KLCI dijangka kembali memasuki mod risiko selepas cuti panjang Aidilfitri walaupun krisis berkenaan telah memasuki minggu keempat.

“Pasaran kekal didorong oleh perkembangan terkini dengan penilaian semula berterusan ke atas risiko geopolitik dalam persekitaran makro yang terus suram akibat kenaikan harga tenaga, persekitaran kewangan lebih ketat serta pertumbuhan yang kian perlahan.

“Dari perspektif teknikal, paras sokongan dilihat pada 1,684-1,700 manakala paras rintangan pada 1,730 dan seterusnya 1,754-1,761.”

Bagi saham wajaran tinggi, Press Metal Aluminium turun 34 sen kepada RM7.43, Maybank dan MISC masing-masing susut 20 sen kepada RM11.40 dan RM8.13, Petronas Gas naik 82 sen kepada RM17.62 dan Petronas Chemicals menokok 20 sen kepada RM5.68.

Kaunter paling aktif menyaksikan Sunway Healthcare naik 6.0 sen kepada RM1.96, Tanco menokok 1.0 sen kepada RM1.41, Zetrix AI turun 5.0 sen kepada 73.5 sen, Borneo Oil susut setengah sen kepada setengah sen, Capital A merosot 1.5 sen kepada 40.5 sen manakala AirAsia X rugi 6.0 sen kepada RM1.17.

Bagi kaunter paling untung, Fraser & Neave meraih 58 sen kepada RM29.88, Dutch Lady Milk Industries naik 30 sen kepada RM32.00, Bintulu Port menokok 10 sen kepada RM5.30 manakala Country View dan TMK Chemical masing-masing naik 7.0 sen kepada RM3.09 dan RM1.37.

Sebaliknya kaunter paling rugi menyaksikan Nestle susut RM2.38 kepada RM98.02, United Plantations turun RM1.36 kepada RM33.46, Hong Leong Financial rugi 80 sen kepada RM19.20, Allianz Malaysia kehilangan 54 sen kepada RM20.78 dan Malaysian Pacific Industries berkurangan 52 sen kepada RM29.08.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Top 100 turun 129.18 mata kepada 12,259.61, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 133.09 mata kepada 12,134.21, Indeks FBM Emas kehilangan 140.39 mata kepada 12,398.41, Indeks FBM 70 merosot 292.77 mata kepada 16,850.21 manakala Indeks FBM ACE susut 91.11 mata kepada 4,313.18.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.68 mata kepada 180.48, Indeks Perladangan turun 114.28 mata kepada 8,574.62, Indeks Tenaga berkurangan 4.25 mata kepada 789.56 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 274.68 mata kepada 20,404.44.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan