PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN KLCI DITUTUP RENDAH

30/03/2026 06:49 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026 dan September 2026 masing-masing susut 23.5 mata kepada 1,685.5 dan 1,668.0.

Kontrak April 2026 turun 22.0 mata kepada 1,689.0 manakala kontrak Jun 2026 menyusut 21.0 mata kepada 1,686.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 23,780 lot daripada 66,127 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 56,980 kontrak daripada 102,348 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun sebanyak 24.75 mata atau 1.44 peratus kepada 1,687.90 daripada 1,712.65 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan