POLITIK > BERITA

BN TIDAK PERNAH BENARKAN MANA-MANA PIHAK GUNA NAMA BN, LAMBANG DACING - DR ZAMBRY

19/09/2024 10:09 PM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) --  Barisan Nasional (BN) tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama gabungan politik itu atau lambang dacing tanpa merujuk kepada Dewan Tertinggi BN.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan hari ini berkata gabungan itu juga tidak pernah membincangkan atau mengetahui langkah-langkah yang dibuat oleh Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang cuba mengaitkan BN dengan parti berkenaan.

“Merujuk kepada laporan berita daripada Utusan Borneo Online bertarikh 17 September 2024 dengan tajuk “TERAS mahu jadi parti politik terbesar di Sarawak” yang cuba mengaitkan Barisan Nasional dengan perkara ini adalah amat dikesali,” katanya.

Utusan Borneo Online pada 17 Sept lepas melaporkan Pengerusi TERAS Affendi Jeman sebagai berkata "TERAS sebagaimana parti lain di Malaysia dan Sarawak secara amnya merupakan salah satu parti politik yang telus dalam memperjuangkan nasib rakyat yang mana Barisan Nasional (BN) menjadi asas perjuangan TERAS."

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan