POLITIK > BERITA

JAWATANKUASA PROTEM SAYAP BELIA PBB DILANCARKAN DI SIBU 5 DAN 6 OKT

01/10/2024 10:20 AM

KUCHING, 1 Okt (Bernama) -- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan melancarkan penubuhan jawatankuasa protem bagi sayap baharu untuk golongan belia berusia di antara 18 dan 28 tahun pada 5 dan 6 Okt ini di Sibu.

Setiausaha Agung PBB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata segala proses dan peraturan yang diperlukan bagi penubuhan sayap baharu tersebut telah dilaksanakan dan akan dibentangkan dalam perhimpunan agung parti tahun depan.

“Peraturan ini perlu dibentangkan dalam perhimpunan agung dan selepas itu, ia mesti diluluskan oleh ROS (Pendaftar Pertubuhan) sebelum dapat diguna pakai sepenuhnya,” katanya dipetik daripada kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sini hari ini.

Sebelum itu, Nanta, yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Kapit menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang dipengerusikan oleh presiden parti, yang juga Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, malam tadi.

Antara yang hadir di mesyuarat itu adalah Timbalan Presiden Parti PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dua naib presiden kanannya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dan Pengerusi Tetap Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan