LABUAN, 19 April (Bernama) -- Barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Labuan kekal tidak berubah susulan pemilihan parti dengan semua jawatan utama, termasuk bagi sayap pemuda dan wanita, tidak ditandingi.
Pencalonan pemilihan parti itu bagi Cabang Labuan dibuka dari 14 hingga 16 Mac lepas.
Ketua Cabang Labuan Simsudin Sidek mengesahkan bahawa kepimpinan sedia ada mengekalkan jawatan mereka selepas tiada pencabar yang tampil semasa proses pencalonan.
“Kesinambungan dalam kepimpinan mencerminkan keyakinan dan perpaduan ahli dalam cabang ini.
“Semua jawatan termasuk dalam Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan kekal tidak berubah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Simsudin turut menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada pasukan sedia ada serta mengulangi komitment cabang itu untuk memperkasa kehadiran dan perkhidmatan PKR di Labuan.
Beliau berkata cabang itu akan terus memfokus kepada penglibatan akar umbi, pembangunan belia dan pemerkasaan wanita selaras dengan agenda pembaharuan parti.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial