POLITIK > BERITA

PRK AYER KUNING: CALON PSM ISYTIHAR ASET BERSIH LEBIH RM21,000

20/04/2025 03:22 PM

TAPAH, 20 April (Bernama) -- Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Bawani KS, hari ini mendedahkan nilai aset bersih miliknya yang dianggarkan berjumlah RM21,248.46 setakat 15 April lepas.

Menerusi akuan berkanun pengisytiharan harta yang dikongsi Bawani dengan media, beliau yang juga seorang peguam, memaklumkan berpendapatan RM5,000 sebulan.

Selain itu, Bawani, 40, turut mendedahkan jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya berjumlah RM14,401.46 bagi tempoh yang sama.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April ini, manakala pengundian awal pada 22 April.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan