KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini.
Menurut kenyataan berkenaan, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencapai kesepakatan itu dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi, semalam.
“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama antara kepimpinan PH dengan BN Negeri Sabah.
“Segala keputusan akan dimuktamadkan kepimpinan tertinggi PH dan BN pada peringkat kebangsaan,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial