KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Sebanyak 599 mangsa banjir daripada 154 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Kedah pada pagi ini.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 129 mangsa daripada 35 keluarga dari Kampung Padang Serai masih ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di daerah Kerian, Manjung, Perak Tengah, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kampar, Batang Padang dan Muallim pada petang ini.
Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air Sungai Kinta berada pada tahap waspada iaitu 247.92 meter (m) berbanding paras normal 243.50 m.
Di KEDAH, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini berkurangan kepada 470 mangsa daripada 119 keluarga di empat PPS berbanding 579 mangsa daripada 156 keluarga pada malam tadi.
Pendang mencatatkan 405 mangsa daripada 102 keluarga di tiga PPS manakala 65 mangsa daripada 17 keluarga masih berlindung di sebuah PPS di Kota Setar.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter      : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok       : @bernamaofficial