POLITIK > BERITA

PRN SABAH: ARTHUR KURUP BERDEPAN SAINGAN LIMA PENJURU UNTUK TAWAN DUN SOOK

15/11/2025 03:22 PM

NABAWAN, 15 Nov (Bernama) -- Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) berdepan persaingan lima penjuru bagi menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook buat pertama kali pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Arthur yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dicabar calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Ellron Angin, Ireneus Pagut @ Jreneus Pagut (Parti Solidariti Tanah Airku - STAR), Joseph Peter Tinggi (Parti Warisan - Warisan) dan V Chong Vin @ Siau Ho (Parti Impian Sabah - PIS).

Senarai nama calon bertanding itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Marshal Anthony @ Idham.

Kerusi DUN Nabawan menyaksikan calon GRS Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin bersaing dalam pertandingan sembilan penjuru dengan calon BN Laui Ompongoh, Alfiqn A Koroh (Warisan), Sayau Tangkap (Perikatan Nasional - PN), Akuang Suan (STAR), Jinulin Kilan (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu - UPKO), Jekerison Kilan (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat - KDM), Rejoh Ondoh (PIS) dan Farney Akon (Parti Kebangsaan Sabah - PKS) .

Sementara itu, DUN Tulid menyaksikan pertandingan 14 penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Rufinah Pengeran, Dr Aisat Ellik Igau Inggau (KDM), Mohd Khairil Abdullah (UPKO), Datuk Everitus Gungkit (STAR), Lucia Kihing (Warisan), Jufina Dimis (Parti Rumpun Sabah), Vinsin Rusikan (PKS) dan Ancis@Rayner Francis Udog (PIS).

Selain itu enam calon Bebas turut bertanding di kerusi DUN Tulid iaitu Jordan Jude Eleron, Datuk Sumey Yasambun, Engah Sintan, Lautis Anggang, Edwin Lamin dan Clarence Carter Mataat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 29 Nov manakala pengundian awal pada 25 Nov.

Untuk berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php 

--  BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan