POLITIK > BERITA

SIM PERUNTUK RM207,0000 KEPADA SMK BUKIT MERTAJAM

26/11/2025 06:35 PM

BUKIT MERTAJAM, 26 Nov (Bernama) -- Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong menyalurkan peruntukan RM207,000 untuk menaik taraf kemudahan pembelajaran digital dan keperluan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mertajam di sini yang berusia 61 tahun.

Peruntukan itu merangkumi sumbangan tahun tahun lepas sebanyak RM107,000 untuk projek Bilik Darjah Digital Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Fasa 1 (papan pintar) dan pemasangan alat penyaman udara manakala peruntukan tahun ini bagi meneruskan Fasa 2 projek itu. 

Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam memberi komitmen tambahan sebanyak RM200,000 khusus untuk pembelian papan pintar tambahan bagi melengkapkan semua bilik darjah di SMK Bukit Mertajam dengan teknologi itu.

“Apa saya berikan tidak besar, tetapi saya harap sumbangan ini boleh menjadi pemangkin yang menggalakkan alumni SMK Bukit Mertajam untuk memberi kembali kerana pendidikan pelaburan terpenting untuk generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penyerahan sumbangan dibuat baru-baru ini dan pihak sekolah diketuai Pengetua Saniza Matt Lazim dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) S. Sivaji Arumugam.

SMK Bukit Mertajam mempunyai 967 pelajar dan 79 petugas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan