POLITIK > BERITA

KEAHLIAN PKR NAIK HAMPIR 5,000, BUKTI KEYAKINAN RAKYAT - ANWAR

01/03/2026 10:57 PM

PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencatat pertambahan hampir 5,000 anggota baharu sejak kebelakangan ini, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan rakyat terhadap perjuangan parti itu.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun berdepan suasana politik yang disifatkan sebagai ‘riuh rendah’, sokongan terhadap PKR kekal kukuh.

“Kita ada berita baik, dalam keadaan riuh rendah sedikit sebanyak ini, keanggotaan bertambah hampir 5,000 yang baharu.

“Kenaikan itu menunjukkan keyakinan terhadap perjuangan parti masih mendalam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar menyeru pimpinan PKR di semua peringkat supaya terus memperkukuh jentera parti serta memperjelas isu yang berpotensi menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata penjelasan yang tuntas dan berfakta amat penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap parti terus diperkukuh.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan