TEMECULA, California, 9 Sept (Bernama) -- Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group, sebahagian daripada bahagian Perniagaan Industri Nikkiso Co. Ltd. dan GTT hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menjalankan perkongsian bagi menyokong pasaran pengangkutan kargo berkuasa LNG. Perkongsian antara Nikkiso CE&IG dan GTT membawa bersama kejuruteraan dan teknologi terkini untuk pembendungan membran dan sistem proses LNG serta perkakasan, perkilangan global dan kebolehan integrasi teknikal yang terbaik dalam kelasnya.
Teknologi Recycool™ GTT yang dilindungi oleh paten memastikan gas didih-habis (BOG) diperoleh semula dan diuruskan dengan selamat untuk mengelakkan pancaran dan menambah baik kecekapan bahan api. Disepadukan dengan skid pam gas bahan api tekanan tinggi Nikkiso, perkongsian tersebut menawarkan prestasi dipertingkatkan melalui pengekalan kebolehpercayaan, ketahanan dan kecekapan kepada pemilik kapal untuk memberikan pelanggan kelebihan saing di pasaran.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial