SYARIKAT FRANCAIS MALAYSIA TEROKA PASARAN ARAB SAUDI

01/11/2024 05:43 PM

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengembangkan pasaran francais Malaysia ke peringkat global, Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mengadakan Misi Perdagangan Francais ke Riyadh, Arab Saudi. Misi khas ini bertujuan untuk memperkenalkan jenama-jenama francais Malaysia kepada pasaran yang semakin berkembang di Timur Tengah.

Program ini berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 9 November 2024 sempena Program Pameran BIBAN24 di Riyadh Front Exhibition and Conference Center (RFECC). Misi ini melibatkan penyertaan beberapa syarikat francais terkemuka Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk Makanan & Minuman (F&B), Pendidikan, dan Perkhidmatan. Misi ini diharap dapat membuka peluang kerjasama strategik, pelaburan, serta pemindahan teknologi antara syarikat Malaysia dan pemain industri di Arab Saudi.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan