KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Nov (Bernama) -- KKV, jenama runcit gaya hidup yang komprehensif di bawah KK Group, membuat kemajuan sangat ketara dalam pasaran Malaysia tahun ini, kemajuan tersebut didorong oleh reputasi pengguna yang kukuh dan prestasi pasaran yang mengagumkan. Kejayaan jenama ini terserlah apabila jualan bulanan mencapai lebih daripada RM 5,000,000 yang mewujudkan asas kukuh di pasaran tempatan.
Selepas kejayaan pelancaran kedai utama global pertama di Kuala Lumpur pada 30 Januari 2024, KKV kini telah mengukuhkan kehadiran pasaran kumpulan ini dengan penambahan kedai di bandar-bandar utama, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru. Pengembangan strategik ini menunjukkan kebolehan KKV untuk berkembang dengan pantas serta pemahaman mendalam terhadap keperluan pengguna tempatan, sekali gus menguatkan keyakinan jenama tersebut dalam pasaran Malaysia. Sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang, KKV merancang untuk melancarkan 10 buah kedai di Malaysia menjelang akhir tahun 2024 dan memperkenalkan jenama seinduk, THE COLORIST dan X11, ke pasaran tempatan, dengan matlamat untuk mencapai 200 kedai di seluruh Asia Tenggara dalam tempoh tiga tahun akan datang.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial