TANJONG MALIM, 6 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) dan Persatuan Solidariti Seni budaya dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan Pementasan Karya Agung Teater Tradisional Mak Yong ‘Raja Tangkai Hati’ pada 9 & 10 November 2024 (Sabtu & Ahad) pukul 8.30 malam bertempat di Dewan Tengku Canselor (DTC) Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak.
JKKN mengangkat Pementasan Teater Tradisional Mak Yong yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai Karya Agung Dunia di 3rd Proclamation of Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity pada 25 November 2005. Tujuan pementasan ini juga adalah untuk melestarikan kesenian tradisional yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO, menyemarakkan seni teater tradisional kepada generasi muda, memelihara warisan budaya Melayu serta menggalakkan pengiat seni mempersembahkan bakat, penyelidikan dan kajian lebih lanjut mengenai teater tradisional.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial