DEMI KEADILAN PALESTIN: MALAYSIA MEMPERJUANGKAN HAK ASASI DI PBB

08/11/2024 12:14 PM

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Tindakan Malaysia untuk membawa draf resolusi bagi menggantung keanggotaan Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan langkah yang bukan sahaja mencerminkan keprihatinan terhadap isu Palestin, tetapi juga keseriusan dalam mempertahankan prinsip keadilan dan hak asasi manusia di pentas antarabangsa. Ketegasan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam isu ini menggariskan prinsip moral dan tanggungjawab sejagat Malaysia yang selaras dengan falsafah Malaysia MADANI di mana aspek kemanusiaan dan keadilan sosial menjadi tunjang.

Keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia oleh Israel yang menyebabkan lebih daripada 43,000 nyawa rakyat Palestin terkorban yang rata-ratanya wanita dan kanak-kanak serta lebih 100,000 yang cedera. Ia adalah isu yang tidak boleh lagi diabaikan oleh masyarakat antarabangsa. Penindasan ini melangkaui wilayah Palestin dengan turut menyerang kawasan selatan Lubnan, menambah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di rantau tersebut. Keputusan Knesset Israel pada 28 Oktober 2024 untuk melarang operasi Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memperlihatkan sikap kedegilan Israel yang semakin melampaui batas dalam menafikan hak asasi rakyat Palestin, serta menjauhkan lagi penyelesaian damai yang saksama.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan