MYCEB DAN HOSPITAL REGEN REHAB BEKERJASAMA MENGANJURKAN PROGRAM SATU PEMIMPIN, SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI)

13/11/2024 05:02 PM

SELANGOR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dengan kerjasama Hospital ReGen Rehab telah berjaya menganjurkan "Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)" di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sabak Bernam, Selangor. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas dalam memupuk semangat komuniti melalui pelbagai aktiviti yang memberi impak serta legasi terhadap warga emas serta komuniti setempat.

Program ini dimulakan dengan pemeriksaan kesihatan yang menyasarkan sekitar 40 warga emas berusia 60 tahun ke atas. Aktiviti ini melibatkan saringan kesihatan dan rawatan perubatan untuk mengenal pasti masalah kesihatan seperti dementia dan lemah fizikal. Melalui inisiatif ini, warga emas diberi peluang untuk mendapatkan rawatan dan mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk kelestarian kesihatan mereka.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan