RIYADH, Arab Saudi Arab, 15 Nov (Bernama) -- Edisi kedua Persidangan Kritikan Filem Antarabangsa, anjuran Suruhanjaya Filem Kerajaan Arab Saudi, berakhir pada hari ini selepas berlangsung dari 6 hingga 10 November, di Riyadh. Persidangan itu menyaksikan kehadiran ramai peminat budaya, ahli profesional industri, pembikin filem dan penonton pawagam.
Di bawah tajuk “Bunyi dalam Pawagam (Sound in Cinema),” persidangan itu meneroka pelbagai aspek pawagam, dengan memberikan tumpuan kepada impak bunyi dalam pengalaman filem dan pengaruhnya terhadap industri filem. Topik yang dibincangkan termasuk runut bunyi asal, kesan bunyi dan bunyi alam semula jadi. Lebih daripada 40 penceramah dari 24 negara, termasuk pengkritik, pembikin filem dan pakar industri, menyatakan minat mereka yang besar terhadap acara itu, memandangkan peranan bunyi yang penting dalam pawagam dan kepentingannya dalam memajukan sektor dan memperkayakan pengalaman filem kontemporari.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial