KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Al Bukhary International University dinobatkan sebagai Johan menerusi video pendek bertajuk ‘Kembali’, yang memaparkan mesej mendalam mengenai kepentingan keharmonian masyarakat berbilang kaum dalam berbuat baik antara satu sama lain. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM. Majlis ini turut dirasmikan oleh beliau dengan dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM; YBhg. Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS; dan YBrs. Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM bertempat di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial