ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu, 18 Dis (Bernama) -- Technology Innovation Institute (TII), pusat penyelidikan gunaan global yang terkemuka di bawah Advanced Technology Research Council (ATRC), telah melancarkan Falcon 3, lelaran terkini siri model bahasa besar (LLM) sumber terbuka. Keluaran inovatif ini menetapkan standard prestasi baharu untuk LLM kecil dan mendemokrasikan akses kepada kecerdasan buatan canggih dengan membolehkan model beroperasi dengan cekap pada infrastruktur ringan, termasuk komputer bimbit. Falcom 3 memperkenalkan keupayaan memperhalusi dan pemikiran analogi yang dipertingkatkan, menjadikannya model AI yang lebih berkuasa dan bermanfaat.
Falcon 3 direka untuk mendemokrasikan akses kepada AI berprestasi tinggi, menawarkan model yang berkuasa dan cekap. Dilatih pada 14 trillion token—lebih dua kali ganda daripada 5.5 trillion model sebelumnya—Falcon 3 menunjukkan prestasi yang lebih baik merentasi pelbagai penanda aras. Dengan prestasi yang amat baik ini, ia merupakan antara model terkemuka di seluruh dunia yang boleh beroperasi dengan GPU tunggal. Setelah dikeluarkan, Falcon 3 mencapai kedudukan nombor satu pada senarai pemimpin LLM pihak ketiga global Hugging Face, mengatasi model sumber terbuka lain dengan saiz yang serupa, termasuk varian Llama Meta. Secara khususnya, model Falcon 3-10B, mengungguli kategorinya, dengan prestasi yang lebih baik daripada semua model di bawah parameter 13 bilion.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial