KOTA KINABALU, 19 Dis (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Negeri Sabah mengumumkan pelaksanaan Program Pensijilan Perniagaan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) di Negeri Sabah. Program yang julung kali dijalankan di Sabah ini telah berjaya memberikan pensijilan kepada sepuluh operator pelancongan yang menunjukkan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan dan pengalaman pelancongan.
Pengarah MPC Wilayah Sabah, Encik Edward Binty, menyatakan bahawa program pengiktirafan MaTEx bertujuan untuk meningkatkan standard industri pelancongan di Malaysia, khususnya di Sabah. Program ini menyediakan mekanisme kawal selia kendiri yang membolehkan operator pelancongan menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka. Pensijilan ini adalah langkah penting untuk memastikan pengalaman pelancong berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial